Pengalaman di australia

26 Jun 2014 hari khamis jam 12.05 pagi bermulanya langkah kami untuk berangkat ke Negara Australia. Tempat yang bakal kami mencurahkan ilmu dan tenaga ialah di Perth. Sebenarnya tak disangka-sangka yang kami berdua terpilih untuk mencurahkan tenaga dan ilmu di sana. Allah lah sahaja tempat yang sebaik-baik mengatur urusan manusia.
Kami di hantar oleh guru tersayang kami iaitu Ustaz Ahmad Redzuan bin Amat guru yang selalu menjaga kami di maahad tahfiz. Dalam kegarangan beliau mendidik kami, rupa-rupanya beliaulah “kawan” yang amat kami hormati dan sanjungi. Syukran jazilan ustaz..
Perjalanan ni adalah perjalanan first time buat kami untuk ke luar Negara. nak-nak pula Negara orang putih..sampai sahaja di airport KLIA2 terus gi check –in tiket.(first time masuk KLIA 2  tau2 lah macam mana nak urus). Perjalanan kami ni tidak dihantar oleh keluarga kami. Lelaki kan. Kene lah pandai berdikari.hehe. Selesai proses check in kami pergi tukar duit Malaysia ke dollar, bergambar(gmbr ni kat depan pintu Perlepasan Antarabangsa), berwasup ke family,kawan dll.
Dalam suasana yang agak mencemaskan diri sebab tak pernah buat proses ke luar Negara tanpa bimbingan senior atau agensi aku terlihat mata guruku..terlihat air matanyaa mengalir sikit tanpa diperasan olehnya yang aku terlihat kelibat air matanya mengalir, apa-apa pon terbaikkk ustaz. Doakan anak didikmu ini Berjaya di dunia dan akhirat.

Tiba masanya untuk kami berpisah sementara. Maka saling bersalaman dan berpelukan tanda berpisahnya kami buat sementara. Kami pon masuk ke pintu perlepasan dan berjaya menguruskan segala proses passport, check barang, dan berjaya juga melihat kapal terbang mendarat dan berlepas dari landasan. Masuk2 dalam flight kene duduk sebelah orang cina. Nasib baik die kasi kami duduk sebelah tingkap..hehe..

Seramnnya nampak benda ni.incoming passenger card. Duduk –duduk je dalam flight dapat card ni. Nak Tanya segan tu lah kami. Diminta oleh anak kapal supaya isi dalam ni. Maka kami pon isi yang mana kami tahu. Ok setel dah.yang ni kita tak tahu apa maksudnya, so kite tinggal je laah. Perjalanan ni tanpa disedari dah pon gelap. Maka aku dengan senang hati tido. Tapi ade somebody ni tak dapat tido..adalah sebabnya.hehe.
Tanpa disedari kami pon telah sampai di perth international  terminal.

Nampak dengan harapan senang je nak keluar dari “penjara” airport ni. Kami ni dah lah orang asing yang bahasa Englishnya mmg “power”..maka kami pon pergi lah ke proses ambik barang dll.sampai sahaja di emigresen kami telah ditahan kerana menyebabkan pegawainya mengesyaki kami ni adalah…….kami pon ikutlah arahan.nak tangkap gambar tak boleh.sadisnya.mujurlah sempat connect wifi situ untuk mengkhabarkan kat dalam group wasup yang kami sudah sampai.
Tak pasal-pasal kami ditahaan dan disoal, diselongkaar beg2 kami. Pegawai tu pon mintak password phone, beg bagasi dll. Dalam beg kami ade kopiah, buku agama, pakaian dan lain-lain. Nasib baik lah depa tak kata kami ni terrorist.huhu..antara yang depa soal kat kami(dlm English lah).” Kamu nak buat apa kat sini?berapa lama kat sini? Tinggal kat mana nanti?ade kawan ke kat sini? Dll”
Maka soalan yang deras itu kami pon jawab dengan selamber je laah..english “power” kan..hehe. soalan last yang depa Tanya ade no contact orang sini? Kenapa tak isi dalam card ni nombor orang sini? Nah isi no contact org sini..adesssssssss..rupenya kami tak isi contact number orang yang akan ambil kami. Namanya en.rudy. dalam hatiku cakap kesian en rudy tunggu kat luar lama.punca nya adalah tak isi habis maklumat kat card tu..haha..tapi apa-apa pon mmg dapat pengalaman yang power masa kat emigresen tu..
Setelah pegawai tu cal en rudy barulah kami dilepaskan dari tahanan tersebut. Alhamdulillah.
Alhamdulillah sampai sahaja di sana, kami terus dibawak pergi sarapan pagi dan terus sahaja pergi ke tempat penginapan iaitu di malaysia hall. dalam perjalanan kami, kami telah diberitahu bahawa ade satu kematian yang melibatkan pelajar malaysia yang belajar di sana. kami diminta supaya backup plan sekiranya orang yang menguruskan jenazah itu tiada..

Maka setelah rehat lebih kurang 30 minit berehat dalam bilik tidur di malaysia hall perth(MHP) kami bergegas menaiki kereta bmw utk pergi ke masjid mirabooka. dengan tangan bergetar tu jugalah kami terpaksa kesana sbb kami ni ni belom biasa dengan suasana sejuk disana.

Kami dibawa masuk kedalam bilik mandi jenazah dan menyelesaikan proses mandi dan setelah itu proses kafan dan proses solat jenazah. Solat jenazah dilakukan selepas solat jumaat. Sempat juga kami jumpa artis vlogger youtube yg terkenal Malaysia iaitu Mat Luthfi. Ketika kami nak bersalaman dengannya, sempat kami menegur, " macam kenal je..". Dia pun dah senyum2 melihat gelagat kami. setelah selesai solat kami terus pula pergi ke tapak perkuburan orang islam dan menyelesaikan proses kebumi. masa kebumi tu ramai jugak lah kenalan si jenazah yang bukan islam turut sertai. semoga Allahyarham sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. aminnn
Selesai sahaja proses kebumi, en. rudy membawa kami ke kedai makan-makan cafe. kedai ni ownernya adalah orang melayu dan sunngguh baik dan peramah orang nya. nanti saya akan cerita macam mana baiknya org disana.

disebabkan musim disana sejuk dan waktu azannya cepat, maka malam pon telah turut mewarnai kegelapan malam. malam di sana sekitar jam 5.30pm. jadi kami pon pulang ke MHP dan bersiap pula untuk solat magrib dan isya'.
kami juga telah diberitahu pada sebelah tadi bahawa keesokan hari akan diadakan konsert syawal nun jauh nasional fm yang dihadiri oleh siti nordiana dan hail amir. maka belom sempat kami merehatkan badan, kami terpaksa membantu MHP mengemaskan tempat sebab tenaga MHP ketika itu kekurangan. maka dengan ringan hati dan ikhlas kami turut membantu. 

selesai sahaja proses penyusunan dan mengemas maka dapatlah kami merehatkan mata ni di dalam bilik yang menarik tu..
27 jun 2014 SABTU, seusai sahaja bangun pagi dan menyelesaikan perkara-perkara bersih diri, berkemas dan sebagainya maka kami pon turut hadiri majlis “raya” tersebut dan ketika itu ramai orang melayu di perth turut hadiri. Selesai sahaja majlis itu, maka disebelah petang diadakan ramakan suara takbir raya di surau MHP.
Selesai sahaja rakaman tersebut kami bergegas pula untuk pergi melihat anak bulan bersama Ustaz Asri dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda beliau. Kami tutut diberi pakaian sejuk sebab melihat kami ketika itu tidak biasa dengan kesejukan di perth. Terima kasih ustaz.

Kami juga diberikan taklimat dan beliau juga turut berkongsi cerita kehidupan di sana. Seronok rase duduk di sana..hehe
Belom sempat kami menghirup udara sejuk dengan suasana yang menarik, kami terpaksa pulang ke MHP sebab ketika itu waktu sudah senja dan kami perlu menyiapkan diri pula untuk mengimamkan solat tarawikh secara berjemaah bersama warga melayu di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran