Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai


Sampai di Dubai pada jam 10.20malam. Perkara pertama yang kome kene selesaikan ialah beli simcard dan hand carry letak dlm loker di airport. Simcard kome beli dengan harga 105AED (sim etisalat) dengan kouta internet 1GB sahaja. Hand carry pada asalnya nak tinggal sahaja di airpot, tapi memandangkan rase nak bawak bersama dan mudah nanti nak balik semula ke sini, maka tak tinggal lah hand carry tu. Harga hand carry utk satu 25AED utk 12 jam.
Sebaik sahaja siap setting semua dan ready maklumat uber dan cari sedikit maklmt (tukar no phone ke etisalat dubai) terus kejar ke metro di airport sebabnya kami memang tak dapat hotel free/memang tak dapat. Harga metro utk satu-satu stesen sebanyak 6AED (boleh tgk semula harga tu) cuma kalau naik metro kome memang akan pergi ke kauter pertanyaan utk tanya kad metro sama ada masih ade topup atau tak.
Sejurus sampai di Dubai Mall kami terus keluar sebab dubai mall sudah tutup di lewat pagi. Kami keluar dan terus ambil teksi untuk pergi berehat sebentar di Masjid Jumeirah. Teksi memang gune meter dan bermula 5AED. Kami rehat di luar masjid dan adelah ruang utk berehat dan kami beredar setelah waktu dhuha masuk.
Sejurus siap di Masjid Jumeirah kami terus mengambil teksi dan terus ke Burj Arab. Sampai di burj arab lebih kurang dalam jam 7.30pgi dan kami hanya mengambil gambar berlatarkan burj arab. Disitu memang ramai orang luar bermandi-mandian di waktu pagi nak-nak musim panas. Jadi sekejap sajalah. Teksi tadi tu tunggu dan hantarkan kami ke MC Donald untuk sarapan pagi.
Setelah siap sarapan kami gunakan maps utk pergi ke Dubai Marina dengan naiki bas. Perjalanan waktu ni memang cabar sikit kerana gune map dengan walking selama 25 minit. Antara cabaran masa ni yang kami dapat tempuhi ialah berjalan pada suhu 40 keatas dengan tiada pokok-pokok, gune map(tak tanya org langsung-main redah je) Yang istimewanya tempat menunggu bas ade aircond dan masa dijadualkan sampai utk sesebuah bas memang tepat pada waktu. Cumanya klu nak naik bas ni kene siap awal-awal tiket basnya sbb kami ni pon nasib baik lah pemandu tu baik je-bgi kami naik free klu tak abis dihalau kami keluar.haha..boleh lah servay macam mana nak dapatkan tiket bas sebelum naik bas..huhu..
Sampai di dubai marina kami ambil gambar sahaja dan tak masuk pun mallnya + tak larat berjalan + nak berkejar berjalan ke Dubai Mall. Cuma sempat minum air di seven e. Dari dubai marina nak ke dubai mall boleh naik metro sahaja utk jimat duit.
Kami sampai di dubai mall lebih kurang 11.30pagi dan keluar jam 5.15 petang. Masa ni klu nk berjalan, kaki tu biar pasang skru kemas-kemas supaya tak longgar. Antara yang ade atau yg bes dalam ni ialah The Dubai Funtain, Dubai Aquarium, Underwater Zoo, burj khalifa, waterfall. Ada yang free dan ade yang bayar dan mungkin ade diskaun. boleh search, lihat dan rujuk website. Dah siap berjalan terus ke airport untuk rehat pulak..huhu
Lastly ade lagi tempat-tempat lain yang tak dapat pergi lagi sebab memang dah penat sgt dan skru dah longgar..hehe.
Antara tempat lain yang boleh set demo pergi:
1. Atlantis, The Palm
2. Dynamic Tower
3. Naif Souk
4. Muzium
5. Dll
Folloy My Facebook:
https://www.facebook.com/profile.php?...
Follow My Youtube Channel:
https://youtu.be/2ood9RrvwxY






Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Diam disaat mendengar Al-Quran