Posts

Showing posts from 2016

Pemergian Runner Haraki Pahang

Image
Seorang sahabat yang berasal dari Kg Awah, Chenor Pahang. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Agama Islam Chenor. Menyambung pelajaran ke USIM.. Beliau baru sahaja tamat belajar di USIM. Lahir pada tahun 1993 dan telah meninggal dunia pada 28.8.2016. Pemergian beliau ditangisi oleh anak-anak gerakan pemuda khususnya. Copy and Paste article dibawah ini:- SAIFUL AZIM DALAM KENANGAN Dia dan Perjuangan Dewan Pemuda PAS Pahang merakamkan sekalung takziah kepada ahli keluarga, saudara mara dan teman-teman karib di atas pemergian Al-Marhum Saiful Azim. Pemuda PAS Pahang amat terasa kehilangan seorang anak muda yang istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayatnya. Beliau adalah produk kader tarbiyah semenjak alam remajanya. Amilin dan kepimpinan di alam kampusnya. Aktivis ARC, Amal dan pemuda. Penggerak sektor tarbiyah di peringkat menengah dan rangkaian anak-anak Pahang di kampus. Sentiasa ceria dan ringan tulang. Sewaktu praktikal di Pejabat Agam

Cara Download Software

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum.. Hari ni ingin aku kongsikan kepada pembaca iaitu cara untuk download software melalui youtube. Antara sebab aku kongsikan caranya melalui youtube adalah kerana kebanyakan akan ade link di bawah video dari tutorial, Pembaca boleh tengok gambar dibawah ni Perhatikan gambar di atas ni. Mula-mula kamu bukak dulu youtube dan search kat dalam kotak yang aku merahkan. apa yang perlu di search? kamu search software yang kamu inginkan. contoh yang aku nak adalah software illustrator. Sebelum tu aku nak terangkan sedikit mengenai istilah "crack".. Aku pon tak tahu sangat maksud sebenar die dalam bahasa melayu. cumanya aku konsikan dulu, lepastu kamu akan tahu sendiri. Setiap software adalah berharga. Dan jika kamu dapat download sofware dan install ke laptop maka pasti ade tempoh selama sebulan sahaja untuk kamu gunakan. Dan kadang-kadang die mintak serial  number (password) untuk kamu buka software tersebut. Jadi &

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Image
سأقبل يا خالقى من جديد كما أنت منى إلهى تريد وأرجو إذا أنت تقبلنى جنان الخلود ومنك المزيد عصيتك ربى فأمهلتني وتسترنى رغم انى عنيد لأنك ربي غفور ودود رحيم بكل الورى والعبيد أتيتك يا خالقى باكيا ودمع الاسي كل حين يزيد فقد قلت فى الآي لاتقنطو وان تعفو عنى فذا يوم عيد ساترك يا ربي ذنبا مضى واقبل نحو الرضا والنعيم أُحِبكَ ربي وهذا رجاي 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 " Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta.. Sebagaimana yang Engkau inginkan duhai sembahanku... Aku harap engkau maafkan permintaanku ini.. Balasan Syurga yang kekal tambahan nikmat dariMu.. Aku telah bermaksiat padaMu wahai Tuhanku.. Namun Engkau masih berlaku lembut padaku.. Engkau tutup aib aku sedangkan aku hambaMu yang derhaka.. Sungguh Engkau maha pengampun lagi maha mencintai wahai Rabb... Malah maha penyayang kepada seluruh makhluk dan hamba2Mu.. Aku harap Engkau terima taubatku... Aku datang menemui wahai Pencipta dengan air mata ini.. Dan air mata penyesalan ini setiap saat akan bertambah... Jika Engka

Anak Muda Bantah Hendonisme

Image
Pihak PERMAI menolak sekeras-kerasnya penganjuran konsert artis antarabangsa, Selena Gomez yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Melawati pada 25 Julai ini serta turut mengecam sikap materialistik penganjur konsert yang mempromosikan hedonisme Barat. Program ini dapat menyifatkan bahawa penganjur seperti kapitalis yang menjadi kaya raya dengan menjual racun untuk membunuh akhlak, merosakkan pemikiran dan masa berharga anak muda di Malaysia. Pihak penganjur langsung tidak memikirkan kesan sosial dan akhlak di kalangan mahasiswa dan belia di Malaysia. “Sikap materialistik penganjur konsert ini dikecam sekeras-kerasnya, di mana syarikat-syarikat ini mengaut keuntungan berlipat ganda dari penjualan tiket dan penajaan yang boleh mencapai kutipan dan penajaan jutaan ringgit! “Mereka tidak sensitif dengan rakyat Malaysia yang menolak konsert hiburan yang membuang masa, merugikan wang ringgit dan tidak menyumbang kepada pembangunan akhlak dan sahsiah rakyat Malaysia! “Sudahlah mengaut keuntu

Jaulah Matrouh & Siwa 2016

Image
Jaulah ini bertarikh 28-30 Mei 2016..sedikit persembahan dari bumi misr

Bakti Siswa Raya ke-3

Image
Alhamdulillah dan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Hari ni saya nak kongsikan sedikit coretan mengenai sebahagian kisah raya di Mesir buat diriku yang first time beraya di luar negara. Carita yang ingin saya kongsikan adalah pada hari raya ketiga. Bermula jam area 5-6ptg dapat satu mesej yang ingin meminta bantuan dari sahabat-sahabat yang berkelapangan. Alhamdulillah masa tu kosong dan memang niat nak buat perkerjaan tersebut. Kalau sebelum ni pernah juga dapat task ni, tapi tak kesempatan untuk menolong. Maaf banyak-banyak. Mesej tersebut memberitahu mencuci rumah sebanyak 2 buah iaitu yang terletak di belakang st. stresa(tak ingt jalan ape). Kami(sebahagian pelajar shoubra yang free) turut hadir membantu dan mengerah segala tenaga yang semaksima mungkin. Jam 9 malam mula sampai di rumah tersebut dan berakhir pada jam 1.15pagi  Rumah yang kami ingin bersih ini adalah rumah akhawat. Jika sebelum ni, di shoubra hanya terdapat pelajar lelaki sahaja. Tetapi pad

Jom Beli Majalah Super

Image

Kempen Menutup Aurat

Image

Design + Bahasa Arab

Alhamdulillah kini telah tamat satu sesi pengajian di Shoubra iaitu sesi tahun satu. Namun ia bukanlah bermaksud dengan hanya menumpu satu-satu pengajian sahaja. Belajar itu tidak akan berhenti sehinggalah bertemu dengan Ya Rabb. Kini tawakkal sahaja aku panjatkan kepada Ya Rabb kan usaha yang telah aku kerjakan.  Setelah tamat sesi belajar ini maka banyak lah rintangan dan ujian perlu aku hadapi antaranya masa iaitu kebiasaan manusia mesti akan fikir bahawa setelah habis exam maka banyaklah masa utk rehat. Tapi bagi diri ini yang berada di Mesir ini perlu memanfaatkan masa yang sepenuhnya demi mencari ruang-ruang untuk belajar. Alhamdulillah juga aku diberi peluang untuk mencari ilmu design disini yang mana kosnya agak mahal sedikit. Cuma ini sahaja yang mampu aku usahankan untuk memenuhi "fardhu kifayah" dalam sesebuah organisasi. Jika dulu aku bukan lah orang yang berminat dalam bidang ini, tetapi disebabkan melihat situasi aku turut mencabar diri untuk menceburi.  Perkara

Generasi Muda dan Perubahan

Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan TUGAS PEMUDA ISLAM bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.  Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir Fathi Yakan

Photoshop 02

Image
Hari ni sudilah saya share kepada pembaca sekalian mengenai kelebihan-kelebihan menggunakan Adobe Photoshop. Seperti sedia maklum bahawa setiap benda yang ada di bumi ini pasti ada manfaatnya contoh mudah kereta. tidak diciptakan kereta itu hanya untuk perkara sia-sia sahaja. contoh lain dan yang paling dekat adalah diri kita. Allah cipta diri kita bukan sekadar cipta sahaja. Semuanya ada matlamat masing-masing. allah cipta diri kita adalah kerana allah ingin kita beribadat kepadanya. Dan sudah pastilah kita sebagai hamba haruslah mentaati perintah allah yang menciptakan diri kita ini. Dan harus kita ingat bahawa Allah tidak akan rugi apa-apa jika sekiranya kita tidak mentaatiNya, bahkan kita sebenarnya yang rugi. Kembali semula kepada Adobe Photoshop, Sebelum kita menggunakannya kita kena tahu apa matlamat dan tujuan kita untuk menggunakannya. Sebab jika kita tersalah langkah, maka kita akan jadi sebaliknya. Sudi lah saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian mengenai niat kit

Kalam Tarbiah 01

Syeikh Ahmad Yassin telah ditanya oleh seseorang individu mengenai apakah bantuan yang kami perlu bantu terhadap tentera Hamas di Palestine. Maka Syeikh menjawab dengan memberitahu kepadanya bahawa kamu tidak perlu datang ke tempat kami, cukuplah kamu lawan ditempat kamu sahaja. Jika kamu berjaya menumbangkannya maka musuh ditempat kami juga akan turut tumbang. Sebab kami lawan ibu dan kamu lawan anak-anaknya. Jika kalah anak-anaknya, maka ibunya akan turut kalah. Syed Qutub merupakan seoarang pejuang syahid dan pejuang yang begitu hebat. Kalam Syed Qutub tatkala diminta untuk menandatangani satu kertas lalu ia memberitahu bahawa tidak layak bagi tangan ini yang selalu bersaksi dua kalimah syahadah ini tunduk kalah kepada menandatangani ini. Syed Qutub dan beberapa orang dikalangan Ikhwan Muslimin telah dipenjarakan oleh Presiden Nasser. Tatkala ia berada didalam penjara, beliau telah mencipta satu bait syair yang bertajuk Akhi. Dan pada ketika beliau dihukum gantung, beliau telah

Saufa Nabqo Huna

Image
Allahu Akhbar... Betapa syahdunya mendengar alunan lagu ni. Bergemang bulu roma saat mendengarnya.Pernah sekali saya post di Facebook. Terkejut apabila banyak notification masuk dan ramai yang add saya. mula-mula agak pelik kenapa ramai yang add ni?? mungkin kah mereka rasa apa yang saya rasa? atau macam mana?. Boleh saya katakan 2-3 minggu tidak henti-henti orang add dan share sesama mereka. Namun saya rasa memang betul apa yang mereka rasa turut dirasai oleh saya. lagu ni memang ada power die. Disebabkan lagu atau lirik nya dah power, maka apabila dinyanyikan oleh orang yang menjiwainya maka akan terserlah lah kesyahduannya itu. Sedikit perkongsian mengenai lagu ni. Lagu ni telah dinyayikan oleh Adil Al-Mesyetiy iaitu seorang dari Libya. beliau juga merupakan seorang doktor dan ahli politik. Disebabkan beliau mempertahankan negara dan hak rakyat, maka beliau pernah dipenjarakan. Beliau dipenjarakan oleh rejim Ghadafi pada tahun 1996. beliau menyanyikan lagu ni dalam pen

Photoshop 01

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Hari ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak kepada pembaca sekalian mengenai satu aplikasi iaitu yang diberi nama Photoshop.. Aplikasi ni saya kenal ketika dibangku Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Dan ketika itu juga saya sudah mempunyai akaun facebook. Setelah asyik scroll facebook dan kelihatan hati tertarik kepada design atau reka bentuk poster-poster/banner dan gambar-gambar yang telah diubah suai kepada bentuk yang menarik. Diantara masa kosong yang saya buat iaitu setelah mengulang Al-Quran, saya sering melihat dan mengkaji satu persatu aplikasi apa yang digunakan untuk edit gambar. Setelah bertanyakan kepada orang yang arif dalam bab komputer maka terjumpalah satu aplikasi yang hebat iaitu aplikasi Photoshop. Apa yang diberitahu kepada saya adalah aplikasi ini adalah dasar kepada aplikasi-apliksi yang lain dengan maksud lain: Aplikasi Photoshop adalah yang terawal muncul. Ketika di semester 5 (hujung 2013), kami semua dibenarkan bawa

Kembara Syitaie 2016

Image
Alhamdulillah.. Beberapa hari lepas telah berjaya satu misi iaitu rehlah/berkunjung/melawat beberapa tempat yang menarik di bumi Mesir ini. Sebenarnya Rehlah ini amatlah perlu pada individu seseorang supaya diri kita ni dapat melihat ciptaan Allah atau perbezaan kaum atau persekitaran masyarakat dan lain-lain. Pernah terpikir juga kenapa kita perlu melawati atau pergi ke negara orang lain. Antara jawapan yang aku jumpai ialah kerana biar kita tahu dimana sebenar kedudukan negara kita atau persekitaran kita atau perkara-perkara kebaikan yang tiada didalam negara kita. Jadi hari ni, ana nak kongsikan sedikit sebanyak pengembaraan pada kali ini iaitu di sekitar Mansurah, Dumyat dan Port Said. Sejarah ringkas Mansurah:- Mansurah adalah sebuah bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran kristian dan kemasukan Islam. Mansurah antara yang dikenali dengan sebuah kuasa besar dalam tamadun Islam di rantau benu

Ucapan TG Hj Abd Hadi Awang di Majlis Makan Malam Amal Bersama Presiden

Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat islam yang tak boleh dibandingkan dengan nikmat yang lain. Selepas itu menjadi kewajipan kita mengajak manusia itu kepada Islam. Manusia sama ada orang yang dah islam, tetapi meninggalkan islam kerana kejahilan dan lekanya. Dan orang yang bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Nabi kita Muhammad S.A.W yang diutuskan menjadi rasul kepada seluruh manusia. Pendekatan dakwah itu bukan sahaja melalui ucapan, termasuklah kerja-kerja amal, kerja-kerja kebajikan. Merupakan salah satu bahagian yang penting di dalam amal islam. Sejarah islam dibuktikan, banyak orang-orang menerima Islam dengan mudah kerana hasil amal-amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang menyampaikan Islam pada zaman dahulu. Bila mereka masuk ke negeri-negeri bukan Islam yang penuh dengan kezaliman, penuh dengan kejahatan, penuh dengan kemungkaran, mereka datang dengan akhlak yang baik hendak menunjukkan kerja-kerja kebajikan  pada rakyat yang

Kalimah yang harus dimulakan

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah segala puji bagi Allah, puji-pujian yang berhak diberikan kepada Allah yang menciptakan segala isi yang ada di segenap alam yang luas ini. Suka untuk ana kongsikan kepada para pembaca sekalian. Bukanlah berhasrat ingin mengajar tapi ingin berkongsi kepada semua. Sebelum ana meneruskan kalam-kalam yang akan diupdate pada masa-masa yang akan datang sudilah ingin berkongsi mengenai kalimah yang sepatutnya dimulakan dalam percakapan atau penulisan. Kalimah ini adalah kalimah yang sangat besar sehinggakan jika kita lihat dalam buku-buku yang ditulis oleh ulama dan kadang-kadang kita sering mendengar dari penceramah iaitu kalimah Bismillahirrahmanirrahim, kalimah Alhamdulillah serta selawat kepada Rasulullah. Perkara ini mungkin baru bagi ana yang baru belajar dan mungkin sudah lama bagi kalian. cuma niat hanya ingin berkongsi kepada pembaca. Kalimah Bismillahirrahmanirrahim ialah satu kalimah yang sangat bermakna bahkan dituntut dalam agama I