Pemergian Runner Haraki Pahang


Seorang sahabat yang berasal dari Kg Awah, Chenor Pahang. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Agama Islam Chenor. Menyambung pelajaran ke USIM.. Beliau baru sahaja tamat belajar di USIM. Lahir pada tahun 1993 dan telah meninggal dunia pada 28.8.2016. Pemergian beliau ditangisi oleh anak-anak gerakan pemuda khususnya.


Copy and Paste article dibawah ini:-

SAIFUL AZIM DALAM KENANGAN

Dia dan Perjuangan

Dewan Pemuda PAS Pahang merakamkan sekalung takziah kepada ahli keluarga, saudara mara dan teman-teman karib di atas pemergian Al-Marhum Saiful Azim. Pemuda PAS Pahang amat terasa kehilangan seorang anak muda yang istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayatnya. Beliau adalah produk kader tarbiyah semenjak alam remajanya. Amilin dan kepimpinan di alam kampusnya. Aktivis ARC, Amal dan pemuda. Penggerak sektor tarbiyah di peringkat menengah dan rangkaian anak-anak Pahang di kampus. Sentiasa ceria dan ringan tulang. Sewaktu praktikal di Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, kelibatnya sentiasa berada di pejabat perhubungan PAS Pahang, Kompleks Istiqamah Temerloh dan Markas Darul Amin Sungai Gau bersama rakan karibnya Mat Azahar, SUK Dewan Pemuda PAS Pahang. Tenaga anak muda yang berpotensi sepertinya sudah pasti menjadi tumpuan dan rebutan organ jamaah samaada pemuda negeri, pemuda kawasan, lajnah-lajnah di bawah pemuda serta Dewan Ulama' juga dimaklumkan berhasrat ingin menyunting beliau sebagai jentera muda ulama'.

Aku dan Dia

Sangat rapat dengannya. Sangat rapat. Dia antara yang banyak menemaniku dalam pemusafiran. Kami berkongsi banyak cerita dan pengalaman. Dia juga banyak merujukku dalam pelbagai perkara, urusan dan isu. Di pagi hari kemalangannya dia ada berwhatsapp meminta point-point penting untuk kuliah maghribnya pada malam itu. Kemalangan itu berlaku dalam perjalanannya menuju ke kuliah maghrib di masjid Temerloh tersebut. Sudah terlalu banyak catatan teman-teman karibnya tentang dia di fb semenjak pagi tadi. Allah sahaja yang mengetahui betapa sebaknya dada kami dengan pemergiannya. Sangat terasa kehilangannya. Kami pasti akan merinduinya.

Semoga Allah merahmati dan mengampuni al marhum di alam sana. Sahabat-sahabatku... banyakkan berdoa semoga dia tenang dan selamat di sana. Ya Allah, berat betul perpisahan ni... namun kami pasrah dengan ucapan
 إنا لله و إنا إليه راجعون

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Bakti Siswa Raya ke-3