Dusturuna-tinta pena(1)



Al-Quran

Al-Quran adalah kitab Allah S.W.T yang agung. Sebelum turunnya Al-Quran terdapat 3 kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa dengan Kitab Taurat, kepada Nabi Zabur dengan Kitab Zabur, kepada Nabi Isa dengan Kitab Injil. Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi S.A.W iaitu nabi yang terakhir. Tiada nabi yang terakhir melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran Nabi telah diceritakan di dalam kitab yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang nabi yang mulia.

Al-Quran diturunkan di dalam bahasa arab dan telah diturunkan di sekitar Negara Arab. Turunnya Al-Quran di sekitar Negara arab adalah mempunyai sebab dan manfaat. Al-Quran tidak diturunkan begitu sahaja tanpa sebarang sebab atau pun cerita. Seperti contoh, turunnya Al-Quran di sekitar Arab adalah kerana penduduknya yang telah banyak melakukan kezaliman iaitu membunuh anak-anak perempuan kerana masyarakatnya mempercayai bahawa anak perempuan membawa kepada perkara yang tidak baik bagi mereka.

Al-Quran juga diturunkan dalam bahasa arab kerana manusia disitu bermasyarakat arab dan berbahasa arab. Sekiranya Al-Quran tidak diturunkan dalam bahasa arab maka secara praktikalnya susah bagi masyarakat arab untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Tetapi terdapat juga dikalangan orang arab tidak menerima Al-Quran sebagai panduan hidup mereka adalah kerana mereka taa’sub kepada ajaran nenek moyang mereka. Mereka menganggap bagaimana kami nk tukar agama sedangkan ibu bapa kami beragama lain(bukan islam). Mereka juga percaya bahawa Al-Quran adalah kitab yang benar dan betul, tetapi hati mereka lebih suka kepada agama lama mereka.

Kita sentiasa mendengar perihal cerita orang arab tahu mengenai Al-Quran, dan kita juga mungkin sudah lali mendengar hal ini. Tapi sedarkah kita ia kadang-kadang berlaku di sekitar kita bahkan kadang-kadang berlaku pada diri kita, cuma kita sahaja menafikan kebenaran tersebut. Kita tahu bahawa tuhan yang kita sembah ataupon mengabdikan diri kita hanyalah kepada Allah S.W.T. bukan harta benda, rumah, kenderaan, duit, pekerjaan dan sebagainya. Bukanlah bermaksud bahawa islam menafikan hal tersebut bahkan islam sangat meraikan hal tersebut(harta benda, rumah, kenderaan, duit, pekerjaan dan sebagainya). Cumanya semuanya itu mestilah diakhiri dengan mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala.

Sekiranya kita hidup dengan bertungkus lumus semata-mata untuk mencari kekayaan, ketenangan, kebahgiaan di dunia ini dalam masa kita tahu bahawa Al-Quran telah menceritakan perihal orang-orang yang telah diazab kerana tidak melakukan perintah Al-Quran, maka kita pon samalah seperti orang yang tahu kebenaran tetapi tetap tidak berubah(sama seperti orang arab jahiliyyah dahulu kala).


(لقمان نور حكيم)

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran