Citadel of Qaitbay(Qalaa)

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat lagi saya berjaulah di bumi mesir ini. Seperti mana kita tahu bahawa bumi Mesir ini disebut sebagai bumi anbiya’ atau ardul kinanah dan sebagainya. Dan bumi Mesir ini juga boleh dikatakan sebagai bumi nabi musa dan fir’aun. Selalu orang kata bahawa pergilah ke Mesir dan ikutlah mana satu yang kamu mahu jadi iaitu sama ada “nabi musa” atau “fir’aun”..iaitu bermaksud bahawa jika kita jadi “nabi musa” maka baiklah kita dan begitu sebaliknya.


Pada 19 Oktober 2015, kami telah ziarah beberapa tempat disekitar Alexandaria iaitu yang pertama di Citadel of Qaitbay(Qalaa) iaitu benteng Qaitbay. Benteng ini merupakan salah satu benteng yang amat penting di sepanjang laut Mediterania. Benteng ini dibina pada tahun 1477 masihi dan dibangun oleh sultan Qaitbay.

Pada asalnya juga benteng ini besar, tetapi terhakis kerana gempa bumi. kami semua hanya dapat bergambar di luar sahaja dan. jadi inilah sekitar benteng Qaitbay.







Comments

  1. Armada laut Uthmaniyyah pernah menguasai Laut Mediterranean selama lebih 35 tahun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran