Alhamdulillah dan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Hari ni saya nak kongsikan sedikit coretan mengenai sebahagian kisah raya di Mesir buat diriku yang first time beraya di luar negara. Carita yang ingin saya kongsikan adalah pada hari raya ketiga. Bermula jam area 5-6ptg dapat satu mesej yang ingin meminta bantuan dari sahabat-sahabat yang berkelapangan. Alhamdulillah masa tu kosong dan memang niat nak buat perkerjaan tersebut. Kalau sebelum ni pernah juga dapat task ni, tapi tak kesempatan untuk menolong. Maaf banyak-banyak. Mesej tersebut memberitahu mencuci rumah sebanyak 2 buah iaitu yang terletak di belakang st. stresa(tak ingt jalan ape). Kami(sebahagian pelajar shoubra yang free) turut hadir membantu dan mengerah segala tenaga yang semaksima mungkin. Jam 9 malam mula sampai di rumah tersebut dan berakhir pada jam 1.15pagi Rumah yang kami ingin bersih ini adalah rumah akhawat. Jika sebelum ni, di shoubra hanya terdapat pelajar lelaki sahaja. Tetapi...
Comments
Post a Comment