Design + Bahasa Arab

Alhamdulillah kini telah tamat satu sesi pengajian di Shoubra iaitu sesi tahun satu. Namun ia bukanlah bermaksud dengan hanya menumpu satu-satu pengajian sahaja. Belajar itu tidak akan berhenti sehinggalah bertemu dengan Ya Rabb. Kini tawakkal sahaja aku panjatkan kepada Ya Rabb kan usaha yang telah aku kerjakan. 

Setelah tamat sesi belajar ini maka banyak lah rintangan dan ujian perlu aku hadapi antaranya masa iaitu kebiasaan manusia mesti akan fikir bahawa setelah habis exam maka banyaklah masa utk rehat. Tapi bagi diri ini yang berada di Mesir ini perlu memanfaatkan masa yang sepenuhnya demi mencari ruang-ruang untuk belajar. Alhamdulillah juga aku diberi peluang untuk mencari ilmu design disini yang mana kosnya agak mahal sedikit. Cuma ini sahaja yang mampu aku usahankan untuk memenuhi "fardhu kifayah" dalam sesebuah organisasi.

Jika dulu aku bukan lah orang yang berminat dalam bidang ini, tetapi disebabkan melihat situasi aku turut mencabar diri untuk menceburi. 

Perkara kedua yang aku ingin cari adalah  ilmu alat iaitu ilmu bahasa arab yang belum lagi aku masuki. Ilmu ini aku sudah berhasrat dibangku sekolah menengah lagi untuk mendekatinya. Ilmu bahasa Arab ini sangat besar manfaatnya iaitu kita boleh membaca kitab-kitab karangan  ulama'-ulama' yang mana butir kalam-kalam yang banyak manfaat. Antara manfaat yang lain kita boleh fahami isi sebenar huruf-huruf serta perbezaan kalimah pada ayat-ayat Al-Quran. 

Semoga satu bidang ini iaitu qiraat dan ditambah dengan dua ilmu ini sudah aku capai ketika pulang nanti. Bahkan aku juga berharap dapat jua menambah ilmu-ilmu yang lain untuk menyedarkan siapakah aku ini diatas muka bumi ini. 

Waallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran