jalan pendakwah berliku-liku

Dua tiga minggu ni berlaku peristiwa yang amat menggerunkan. apa tidaknya..peristiwa ini mungkin akan menyebabkan diri ni dah tiada lagi di muka bumi ni. Peristiwa yang bermakna dan perlu diambil perhatian buat diri ini. ketiga-tiga peristiwa ni berlaku jugak pada teman ku, sebab kemana dia jadi driver, aku jadi co-pilor.

Peristiwa pertama berlaku setelah balik dari lipis. Setelah menghantar sahabat di area BALOK, maka kami berdua meneruskan perjalanan pulang ke destinasi iaitu di rompin dan pekan. pada masa tu lau tak silap aku pada jam 12-1 pagi. hujan renyai-renyai ketika itu. tatkala mengambil jalan untuk masuk ke highway kami secara "automaticnya" kereta kami berpusing2 di atas jalan raya dan akhirnya tersangkut di longkang kecil. nasib baik lah ade longkang kecil yang menjadi asbab kami masih hidup.

Persitiwa berlaku ketika mana kami pulang dari Temerloh. Jalan yang kami lalui ini adalah jalan lama. Tatkala leka memandu, tiba-tiba kami terpandang rakan kami yang menaiki motosikal mengelak daripada melangagar sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti secara mengejut. Akibat terleka melihat gelagat kawan yang menaiki motosikal itu, kami juga hampir-hampir melanggar sebuah kenderaan yang berada dihadapak kami kerana ingin juga mengelak daripada kenderaan yang berenti secara mengejut. Kereta grand livina di belakang kami juga hampir-hampir melanggar kami dari arah belakang. Alhamdulilah dengan sebelah tangan sahaja grand livina mampu untuk mengelak dan terus barada di hadapan sekali.

peristiwa terakhir berlaku ketika kami ingin pergi ke batu kikir. biasalah, kami juga lalu jalan lama. peristiwa ini adalah peristiwa yang paling seram iaitu ketika menaiki bukit. selalunya kalau menaiki bukit, kita tidak boleh melintas, tetapi dengan kepercayaan beliau dengan selambanya ia melintas sebuah kenderaan di hadapannya. ketika ia melintas, secara tiba-tibanya kami nampk bumbung kereta dari arah hadapan. dengan kelajuan 90km/j, kereta dihadapan itu mengelak dari melanggar kenderaan kami lalu sebelah tauarnya berada di atas tanah dan sempat melatakkan tayar keretanya di atas jalan raya. 

itulah tiga peristiwa yang amat menggerikan buat kami. lepas sahaja tiga kejadian itu aku teringat ketika kami berada di autralia iaitu ketika mana menaiki kereta kene patuh pada arahan iaitu memakai tali pinggang keledar dan mematuhi peraturan jalan raya terutamaya ketika melintas dan had laju.

moga perjalanan akan datang ini akan membawa kepada illahi.
كل نفس ذائقة الموت.

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran