Saat berjumpa pasti akan berpisah

pada 1 oktober 2014 tibalah saatku untuk mengajar di sebuah masjid abu bakar mentakab, temerloh. Pada ketika itu niatku hanyalah untuk memenuhi ruang masa dan mencurahkan ilmu kepada masyarakat. walaupon ilmuku tidak mencukupi, mudah-mudahan ia akan bertambah selepas mengajar. teringat pula yang ulama' dahulu sentuasa duduk di tiang-tiang masjid untuk mengajar tanpa meminta satu sen pon daripada orang yang ingin belajar bersamanya.

Alhmadulillah ramai jugak yang turut hadir belajar bersamaku ketika aku berada di masjid itu. setelah berada di dalam masyarakat barulah aku sedar bahawa sebenarnya masyarakat memerlukan golangan yang mampu membimbing mereka. 

Namun tak sampai 1 tahun usia ku mengajar, aku telah di tawarkan untuk sambung belajar ke peringkat ijazah dalam bidang ilmu qiraat di shoubra. terpaksalah bagiku untuk meninggalkan suasana menjadi guru kepada suasana menjadi pelajar. walaupon berat untuk ku tinggalkan, namun terpaksa aku pergi untuk menambah ilmu dan demi untuk masyarakat semuanya supaya bila aku pulang nanti dapat aku curahkan kepada masyarakat. 

detik 30 julai 2015 aku telah memohon untuk berhenti dan saat itulah tidak mampu untuk aku melepaskan air mata di hadapan anak muridku. aku harap dengan ilmu yang ku curahkan itu dapat ditinggkatkan lagi di masa akan datang.









Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran