khalaf awi

Alhamdulillah sudah seminggu lebih kat bumi mesir ni. Macam-macam perubahan ataupon kejutan budaya yang aku hadapi. Namun kejutan tu bukan lah bermaksud aku tak boleh nak hidup kat bumi orang. Cuma nya mengambil masa untuk menyuaikan diri dengan tempat ini. Banyak perbezaan yang ketara berlaku disini. Antaranya penduduk mesir yang begitu ramai. Jika nak dibandingkan dengan Malaysia mmg tak lah. Kalau tengok kat metro mesir ni mmg ramai orang arab. kalau kat kl sentral tu sikit lagi if nak bandingkan dengan mesir lah. kat mana-mana mesti ramai orang arab kat mesir ni. 

Perbezaan yang kedua pula ialah persekitaran dia. selalu jugak aku dengar orang kata orang islam kat mesir ni tak bersih lah dan lain-lain lagi lah..bagi pendapat aku mungkin berbeza sikit lah. Apabila pemimpin itu baik, maka baiklah, apabila buruk maka buruklah rakyatnya. dan kat mesir ni pon bukanlah seratus peratus penduduknya islam, ade juga yang kristian. itu kene tahu juga. jika ade kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan ketuanya ingin benar memajukan negara, sudah mesti ia sudah melaksanakan pelbagai cara untuk memajukan. 

Perbezaan yang ketiga ialah saff yang rapat tatkala bersolat secara berjemaah. hal ni first time aku terkejut time pergi umrah tahun lepas. Tatkala nak solat mesti depa nak "kenekan" kaki kita dengan kaki depa. tu yang aku taajub.

Perbezaan yang keempat adalah cara bercakap diorang. memang tak semua orang boleh terima cara percakapan diorang. ada yang kata kasar lah dan sebagainya. Memang tak dinafika percakapan diorang ni kasar malah pergaulan diorang pon boleh dikatakan kasar. Cumanya itu bagi kita. Bagi mereka itu adalah cara diorang. senang macam ni lah. kalau aku duduk kat pekan cara cakap dan pergaulannya lain, tapi kalau aku duduk kat temeloh cara percakapnya lain pula. sebagai cth anak telefon dan cakap dengan ayah dan berbahasakan diri sebagai aku. first time aku dengar pehhhh..kejam giler kot. tapi kita kene tahu, mgkn itu sudah biasa bg dioarang. so kite sebenarnya kene pandai main situasi. tak semua orang boleh faham hati kita..

Beginilah duduk ditempat orang, kite kene pandai dan pintar melakukan sesuatu. 

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran