transit di Amman

8/9/2015 bermula lah perjalananku ke semenyih parkland utk bermalam dahulu di situ. Rumah yang sering keluargaku di pekan dan kawan-kawan transit untuk merehatkan diri. Aku dan keluarga sampai di semenyih parkland pada jam 1.45 pagi iaitu pada 9/9/2015. 

Setelah dapat merehatkan badan selama 3 jam, kami sekeluarga bergegas siap untuk bertolak ke darul quran kuala kubu. Kami keluar rumah pada jam 5.30pagi. Antara sebab kami sekeluarga keluar awal adalah kerana risau akan kesesakan jalan di kuala lumpur. Kami juga bersolat subuh di salah sebuah petronas.

Setelah itu kami terus menyambung perjalanan ke darul quran untuk ke majlis keraian sebelum kami berangkat ke airport. Setelah sampai di area darul quran kami terus mencari kedai makan dan akhirnya jumpa walaupon tersilap singgah kedai makan. 

Pada jam 8.45 pagi kami bersiap di masjid darul quran dan bergegas siap ke dewan multamar untuk sesi timbang barang dan penyerahan beg bagasi serta mengikuti majlis di dalam dewan.


Pada jam 12.30tengah hari siap sudah majlis serta makan tengah hari, keluarga ku bersiap pula untuk meninggalkan darul quran dan pergi ke airport. Tinggal lah kami sebagai peserta di darul quran. Setelah selesai solat zohor dan asar secara jama' , kami bergegas pula ke belakang dewan untuk menaiki bas dan bertolak ke KLIA. 


Perjalanan mengambil masa lebih kurang selama 1 jam setengah untuk sampai di KLIA.

Alhamdulilah kami sampai di airport pada jam 5.00 petang dan setelah itu kami naik ke tingkat 5 untuk sesi mengambil passport dan check in diri dan barang. Alhamdulliah semuanya selamat.

Ni pula gambar beg bagasi kami yang beratur..hehe.


Dalam perjalanan pulang ke surau, terserempak pula dengan sahabatku yang belajar di Melaka. sahabat yang bersama ketika menyertai program talaqqi al-quran di Madinah Al-Munawwarah. nama beliau ialah hadi iaitu selaku admin whatsapp kami.


Pada jam 9.15 malam tibalah aku berpisah dan disertai dengan doa. Alhamdulillah berjaya melepasi emigrisen dan kami menaiki kereta api dan sekali lagi berjaya melepasi emigrisen. Setelah itu kami berada di ruang menunggu dalam beberap minit dan terus menaiki pesawat Royal Jordonian.


Baru sahaja duduk dan kapal terbang sudah selamat di atas kami terus sahaja dihidang dengam makanan. senyum je lah sebab memang waktu tu lapar sebab hanya makan tengah hari sahaja.


Setelah beberapa minit dihidangkan dengan makanan dan habis apa yang diberi itu kami telah mendarat di bengkok pada jam 12.30 pagi waktu malaysia iaitu lebih kurang 2jam 20 minit sahaja kami berada dalam kapal terbang. 

Jam 1.30 pagi waktu malaysia bermula pula penerbangan ke amman. Alhamdulillah kami dihidangkan dengan makanan dan sambil tengok tv yang berada dihadapan. 3 kali kami dihidangkan dengan makanan. cuma gambar uang ketiga tak sempat nak snap sebab dah lapar sangat sampai terlupa.


Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai di airport Amman pada jam 10.20 pagi waktu malaysia(waktu amman jam 5.15 pagi). Setelah itu kami terpaksa melalui imigresen sekali lagi utuk naik ke atas dan bersolat subuh. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran