Kembara Syitaie 2016

Alhamdulillah..
Beberapa hari lepas telah berjaya satu misi iaitu rehlah/berkunjung/melawat beberapa tempat yang menarik di bumi Mesir ini. Sebenarnya Rehlah ini amatlah perlu pada individu seseorang supaya diri kita ni dapat melihat ciptaan Allah atau perbezaan kaum atau persekitaran masyarakat dan lain-lain.

Pernah terpikir juga kenapa kita perlu melawati atau pergi ke negara orang lain. Antara jawapan yang aku jumpai ialah kerana biar kita tahu dimana sebenar kedudukan negara kita atau persekitaran kita atau perkara-perkara kebaikan yang tiada didalam negara kita. Jadi hari ni, ana nak kongsikan sedikit sebanyak pengembaraan pada kali ini iaitu di sekitar Mansurah, Dumyat dan Port Said.

Sejarah ringkas Mansurah:-

Mansurah adalah sebuah bandar yang mencatatkan peristiwa dan kesan sejarah, meliputi dinasti Firaun, pemerintahan Rom, perkembangan ajaran kristian dan kemasukan Islam. Mansurah antara yang dikenali dengan sebuah kuasa besar dalam tamadun Islam di rantau benua Afrika. Nama "al-mansurah" diambil sempena kemanangan umat Islam dalam menentang tentera Salib. Nama tersebut membawa maksud "suatu pertolongan daripada Allah S.W.T". Ia diasaskan sebagai ibu negeri Dakalllah oleh Raja Kamil Al-Ayyubi pada tahun 1219M. Sebagai tanda memperingati jasa dan bakti mujahidin yang gugur dalam perjuangan menyebarkan syiar Islam , sebuah tugu peringatan dibina bagi para syuhada yang terpahat kukuh nama-nama mereka di batu tersebut. Ianya terletak di persimpangan jalan menuju ke Gadela dan di sana juga terdapat Taman Haiwan Mansurah.

Tempat Pertama:-

Ini tempat yang pertama yang kami lawati iaitu di makam syeikh yang besar dan hebat iaitu makam Syeikh Mutawalli As-Syakrawi. Syeilh dilahirkan pada 16 April 1911M dan berasal dari Mesir. Pada umur 11 tahun beliau telah menghafal Al-Quran. Syeikh juga belajar di Al-Azhar, Mesir. Keperibadian syeikh juga dunia taajjub dan penulisannya sungguh banyak dari segala aspek bidang dan Syeikh yusug Al-Qardhawi telah menyebutknnya sebagai seoarang ahli tafsir kontemporari.
dihadapan makam Syeikh Mutawalli As-Sya'rawi
Atas maqam Syeikh
sekitar pintu masuk ke maqam
Tempat kedua:-

ni pula tempat kedua yang kami melawat iaitu di muzium perang. Muzium ni juga dikenali sebagai rumah Ibn Loqman. Disinilah tempat berlakunya peperangan diatara tentera Prancis yang diketua oleh Louis IX pada tahun 1249. Raja Prancis Louis IX telah ditangkap dan digari oleh Ibn Loqman di dewan Ibn Loqman. Muzium ini duba pertama kali pada 7 Mei 1960 oleh Presiden Gamal Abdel-Naseer dan dibahgikan kepada beberapa bahagian.

1. Dar (House) Ibn Loqman, yang menghadap ke Sungai Nil. Ia dibina pada tahun 1218 oleh Fakhrul-Din Ibn al-Qadi, ketua hakim di Mesir.
2. moden dan dilengkapi dengan dewan, di mana patung-patung dan lukisan yang dipamerkan.
3. Galeri Seni, di mana pameran, acara kebudayaan dan seminar diadakan.
Muzium ini ditutup seketika untuk proses pemulihan dan pengubah suaian dan dibuka semula pd tahun 1997.

dalam kawasan Muzium
mendengar taklimat dari arab
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Dumyat.

Pengenalan Dumyat:-

New Damiesrta City atau dalam Bahasa Arab di kenali sebagai Dumyat Gadedah merupakan salah satu wilayah di dalam negara Mesir yang terletak di utara Mesir dan merupakan salah satu tempat pelancongan di Mesir yang terletak di timur laut Mediterranean. Jarak dari ibu kota Khaherah kira-kira 500KM.

Dalam perjalanan ke Dumyat, kami telah menjamu selera di Masjid Kafr Saad iaitu salah satu Masjid yang berada di tepi jalan. Alhamdulillah semuanya selamat sehingga kami berangkat semula untuk meneruskan perjalanan.
Pengagihan makanan di Kafr Saad oleh urusetua
Pengagihan makanan di Kafr Saad oleh urusetia
Pengagihan makanan di Kafr Saad oleh urusetia
Penginapan kami:-

Nama tempat kami menginap ialah Ra'sul Bar (pertemua dua laut). dan tiket sebuah bas untuk masuk adlah LE100. Alhamdulillah kami telah dibahagikan tempat menginap dengan selamat. Tempat yang kami menginap ini betul-betul di sekitar pertemuan dua laut. Makanya angin-angin sejuk terus meresap dalam tulang-tulang menandakan amat sejuk. Aktiviti malam itu hanya disekitar tempat menginap kami iaitu BBQ dan tayangan video.
Pembahagian oleh urusetia.
BBQ
tayangan movie
ayam BBQ
Ayam BBQ

Tempat ketiga:-

Pantai Dumyat adalah salah satu tempat yang menarik iaitu disana terdapat kerang. Inilah diantara tujuan yang sepatutnya kita hadir di Dumyat. Kerana disini memang orang akan tertarik padanya. Tetapi saat kami hadir di situ, kerangnya sudah kekurangan mungkin kerana kami lewat hadir untuk mengambilnya dan yang tinggal hanyalah cengkerang-cengkerangnya sahaja.

Tempat ke- empat:-

Disini (Ra'sul Bar) juga terdapat tempat buat kapal. dan kami terpaksa menaiki bot untuk menyeberangi dan berjalan kaki sekitar 20-30 minit untuk sampai di situ, disini juga terdapat benteng pertahanan atau kubu Mesir.
berjalan kaki ke tempat buat kapal
menaiki bot untuk ke seberang
antara bot yang masih disiapkan

Tempat kelima:-

kami melawat ke pertemuan yang dikenali pertemuan dua laut (Ra'sul Bar) tetapi pada hakikatnya ialah pertemuan antara sungai Nil dan laut Medeterania.
hadapan Ra'sul Bar
Ra'sul Bar
Setelah melawat di sekitar Dumyat maka perkajalanan kami diteruskan untuk pulang ke Shoubra. Diantara perjalananan itu terdapat satu tempat yang menarik iaitu..

Tempat ke-Enam:-

Port Said ialah satu tempat membeli-belah. Dikatakan tempat ini adalah lubuk pakaian yang murah. Antara keisitimewaan tempat ni adalah barang-barang diimport dari luar negara, sebelum barang/pakaian tersebut di edar ke tempat-tempat lain seperti khaherah dan lain-lain maka pakaian/barang tersebut akan menetap dahulu di Port Said, harga pakaian yang dijual terrrrrlalu murah dan original.

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran