Photoshop 02


Hari ni sudilah saya share kepada pembaca sekalian mengenai kelebihan-kelebihan menggunakan Adobe Photoshop. Seperti sedia maklum bahawa setiap benda yang ada di bumi ini pasti ada manfaatnya contoh mudah kereta. tidak diciptakan kereta itu hanya untuk perkara sia-sia sahaja. contoh lain dan yang paling dekat adalah diri kita. Allah cipta diri kita bukan sekadar cipta sahaja. Semuanya ada matlamat masing-masing. allah cipta diri kita adalah kerana allah ingin kita beribadat kepadanya. Dan sudah pastilah kita sebagai hamba haruslah mentaati perintah allah yang menciptakan diri kita ini. Dan harus kita ingat bahawa Allah tidak akan rugi apa-apa jika sekiranya kita tidak mentaatiNya, bahkan kita sebenarnya yang rugi.

Kembali semula kepada Adobe Photoshop, Sebelum kita menggunakannya kita kena tahu apa matlamat dan tujuan kita untuk menggunakannya. Sebab jika kita tersalah langkah, maka kita akan jadi sebaliknya. Sudi lah saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian mengenai niat kita saat menggunakannya ialah satu sahaja iaitu untuk tegak kan islam di bumi Allah. Sebab disana bukan hanya habuan dunia sahaja menunggu tapi habuan akhirat dan keredhaan Allah yang sepatutnya menjadi matlamat kita.

Adobe photoshop ni juga dapat menampung kehidupan kita jika kita pandai menggunakannya. Bahkan ia juga dapat menampung kesenangan kepada orang yang mahu menempah tempahan hasil design photoshop kita. Jadi dibawah ni saya tunjuk sedikit sebanyak hasil design-design di google dan dengannya kita boleh menjana pendapatan.
kalendar
poster iklan program














banner


business card











poster outdoor
banting
logo baju
muka depan buku










button badge


















Jadi ini hanyalah diantara kelebihan menggunakan adobe photoshop. Senarai yang saya tunjukkan ini hanyalah yang boleh diprint dan boleh menjana pendapatan tambahan kita. Jika yang tak di print maka kita boleh buat bermacam-macam lagi design yang kita nak. Bagi yang tak biasa nak buat dan berminat nak buat boleh belajar slow-slow..Asalkan lambat yang penting hasil kita nanti lumayan dan yang penting sekali apa-apa design yang kita buat tu haruslah menuju kepada keberkatan daripada Allah.Sebab nanti mungkin ada disana ada orang ingin menmpah pada kita design-design yang menyebabkan islam dihina. maka disaat itu jangalah kita buat.




Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran