Kalimah yang harus dimulakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, puji-pujian yang berhak diberikan kepada Allah yang menciptakan segala isi yang ada di segenap alam yang luas ini. Suka untuk ana kongsikan kepada para pembaca sekalian. Bukanlah berhasrat ingin mengajar tapi ingin berkongsi kepada semua.

Sebelum ana meneruskan kalam-kalam yang akan diupdate pada masa-masa yang akan datang sudilah ingin berkongsi mengenai kalimah yang sepatutnya dimulakan dalam percakapan atau penulisan. Kalimah ini adalah kalimah yang sangat besar sehinggakan jika kita lihat dalam buku-buku yang ditulis oleh ulama dan kadang-kadang kita sering mendengar dari penceramah iaitu kalimah Bismillahirrahmanirrahim, kalimah Alhamdulillah serta selawat kepada Rasulullah.

Perkara ini mungkin baru bagi ana yang baru belajar dan mungkin sudah lama bagi kalian. cuma niat hanya ingin berkongsi kepada pembaca. Kalimah Bismillahirrahmanirrahim ialah satu kalimah yang sangat bermakna bahkan dituntut dalam agama Islam. Kalimah ini adalah kalimah yang sangat besar iaitu yang bermaksud Dengan Nama Allah Lagi Maha Penyayang Dan Pemurah. Dan sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya mulakan setiap perbuatan dan percakapan bahkan juga dalam tulisan juga seharusnya kita mulakanlah dengan kalam yang mulia ini.

Kemudian kalimah Alhamdulillah iaitu yang bermaksud segala puji bagi Allah. Ini bermaksud kita sebagai hamba kepada mestilah kita sentiasa puji kepada Khalik iaitu Allah. Cuba kita perhatikan pada surah Al-Fatihah bahawa ia dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan Alhamdulillaah...

Dan jika kita perasan pada buku-buku atau kitab-kitab para ulama dan kita lihat pada muqaddimah buku atau awal kalamnya pasti akan muncul dua kalimah ini bahkan terdapat juga selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tiga perkara ini mestilah kita ambil manfaat dan kita mulakan dalam penulisan secara khususnya dan amnya dalam semua perkara. Sekiranya dimulakan dengan perkara ini, maka Insya Allah pada penulisannya akan bermanfaat.

Jadi, marilah kita mulakan setiap perbuatan, percakapan, penulisan kita dengan tiga perkara ini. Mudah-mudahan dengan tiga kalimah ini boleh memberikan kita idea atau penulisan serta perbuatan kita menuju kepada Allah dan bukanlah menuju kepada perkara yang sia-sia.


Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran