Saufa Nabqo Huna


Allahu Akhbar...
Betapa syahdunya mendengar alunan lagu ni. Bergemang bulu roma saat mendengarnya.Pernah sekali saya post di Facebook. Terkejut apabila banyak notification masuk dan ramai yang add saya. mula-mula agak pelik kenapa ramai yang add ni?? mungkin kah mereka rasa apa yang saya rasa? atau macam mana?.

Boleh saya katakan 2-3 minggu tidak henti-henti orang add dan share sesama mereka. Namun saya rasa memang betul apa yang mereka rasa turut dirasai oleh saya. lagu ni memang ada power die. Disebabkan lagu atau lirik nya dah power, maka apabila dinyanyikan oleh orang yang menjiwainya maka akan terserlah lah kesyahduannya itu.

Sedikit perkongsian mengenai lagu ni. Lagu ni telah dinyayikan oleh Adil Al-Mesyetiy iaitu seorang dari Libya. beliau juga merupakan seorang doktor dan ahli politik. Disebabkan beliau mempertahankan negara dan hak rakyat, maka beliau pernah dipenjarakan. Beliau dipenjarakan oleh rejim Ghadafi pada tahun 1996. beliau menyanyikan lagu ni dalam penjara dan didengari oleh ahli penjara yang lain. beliau dibebaskan selepas 6 tahun kemudian.

Beliau menyayikan lagu ni buat pertama kalinya di khalayak ramai iaitu ketika majlis graduasi fakulti perubatan sekitar tahun 2005. hampir kesemua yang hadir turut merintislan air mata kerana syahdunya. Lagu ini tidak dapat didengar sebelum revolusi. ia hanya dapat didengar ketika berlakunya revolusi dan ia dijadikan lagu dimana-mana sahaja bagi memberi inspirasi dan semangat malah rakyat juga menghantar lagu ini ke telefon-telefon.

Video ini telah dinyayikan semula oleh Rami Muhammad yang memiliki suara yang lunak.

lihat view n share

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran