Ucapan TG Hj Abd Hadi Awang di Majlis Makan Malam Amal Bersama Presiden

Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat islam yang tak boleh dibandingkan dengan nikmat yang lain. Selepas itu menjadi kewajipan kita mengajak manusia itu kepada Islam. Manusia sama ada orang yang dah islam, tetapi meninggalkan islam kerana kejahilan dan lekanya. Dan orang yang bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Nabi kita Muhammad S.A.W yang diutuskan menjadi rasul kepada seluruh manusia.

Pendekatan dakwah itu bukan sahaja melalui ucapan, termasuklah kerja-kerja amal, kerja-kerja kebajikan. Merupakan salah satu bahagian yang penting di dalam amal islam.
Sejarah islam dibuktikan, banyak orang-orang menerima Islam dengan mudah kerana hasil amal-amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang menyampaikan Islam pada zaman dahulu.

Bila mereka masuk ke negeri-negeri bukan Islam yang penuh dengan kezaliman, penuh dengan kejahatan, penuh dengan kemungkaran, mereka datang dengan akhlak yang baik hendak menunjukkan kerja-kerja kebajikan  pada rakyat yang menderita ditindas. Maka kedatangan Islam ke negeri-negeri yang dimasuki disebut futuhat Islamiyah (pembukaan Islam), sangat berbeza dengan kedatangan penjajah yang memperhambakan rakyat. Melalui pendekatan ini islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.

Kita menyaksikan hari ini, walaupon pemerintahan Islam dijatuhkan oleh musuh-musuh Islam tetapi cahaya Islam idak boleh dipadamkan kerana orang Islam yang tersebar di seluruh pelusuk dunia menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh manusia.

Diatara kegiatan dakwah itu ialah melalui amal kebajikan kepada masyarakat sehingga pengaruh Islam tidak boleh diundur oleh musuh-musuh Islam. Walaupun disana ada Kristian, gerakan Freemeson dan lain-lain lagi melaui daiyah masing-masing kegiatan mereka sementara sahaja.

Adapun kegiatan Islam tertanam di dalam hati manusia kerana disana ada rahsia. Disebalik kerja islam itu adalah keikhlasan kepada Allah. Untuk menyampaikan Islam dalam hati manusia mestilah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Walaupun sumbangan kita sedikit tidak sebanyak sumbangan lawan-lawan Islam kerana mereka lebih kaya dari kita. Alat-alat mereka lebih canggih tetapi kerja Islam lebih berkesan dengan sebab masuk dalam hati manusia.

Firman Allah:

“kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Anfal : 63

Oleh kerana itu yang terpenting ialah keikhlasan kita kerana Allah. Walaupun kerja yang kita buat tidak sama dengan lawan-lawan kita tetapi kesannya adalah lebih hebat daripada lawan-lawan kita, Rahsianya adalah keihklasan kepada Allah. Kita dapat saksikan hasilnya, banyak kumpulan-kumpulan di dalam dunia, kalau tidak ada kerajaan yang mendokongnya ia tidak kuat, sekejap sahaja sama ada ia lemah atau terus mati.

Adapun kegiatan Islam tidak mati dengan hilangnya kuasa besar yang memayungi dunia islam. Islam tersebar di seluuh pelusuh dunia kerana kerja-kerja Islam ini masuk ke dalam hati-hati manusia. Ketika berlaku perang Korea di tahun  50-an dan kemaraan Komunis ke Eropah timur, pemikir-pemikir barat mengadakan persidangan untuk membincangkan bahaya ancaman Komunis dimasa itu. Tiba-tiba seorang diplomat dari negeri Prancis menegaskan bahawa dunia barat hendaklah menyedari, disana ada kegiatan yang lebih bahaya daripada Komunis iaitu kegiatan Islam.

Komunis dan ideologi yang lain sekadar menakluk bumi, menguasai manusia dari segi zohirnya sahaja. Adapun Islam masuk kedalam hati-hati manusia. Maka perkembangannya sangat membahayakan. Musuh-musuh Islam dapat mengetahui rahsia-rahsia kekuatan kita iaitu kekuatan zohir dan kekuatan rohani yang tidak boleh dipisahkan diantara satu sama lain.

Peranan kita dalam yayasan amal bukan sahaja melakukan kerja-kerja amal secara langsung dalam masa yang sama dapat menarik anak-anak muda supaya melakukan aktiviti bersama dengan kita. Dimana generasi muda merupakan kumpulan pelapis, bukan sekadar itu sahaja, merupakan kumpulan yang paling besar di sepanjang zaman yang boleh membuat perubahan di seluruh dunia. Kerana jumlah orang yang mati dengan orang yang dilahirkan, lebih ramai yang dilahirkan didunia. Maka jumlah generasi muda lebih ramai dari orang tua-tua. Dengan sebab itu, peranan untuk mengajak generasi muda dalam kegiatan-kegiatan seperti ini merupakan serampang banyak mata. Bukan sahaja melakukan kerja-kerja amal kepada masyarakat, dalam masa yang sama menarik masyarakat kepada Islam yang kita pejuangkan.


USRAH Remaja Pahang

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran