Kalam Tarbiah 01

Syeikh Ahmad Yassin telah ditanya oleh seseorang individu mengenai apakah bantuan yang kami perlu bantu terhadap tentera Hamas di Palestine. Maka Syeikh menjawab dengan memberitahu kepadanya bahawa kamu tidak perlu datang ke tempat kami, cukuplah kamu lawan ditempat kamu sahaja. Jika kamu berjaya menumbangkannya maka musuh ditempat kami juga akan turut tumbang. Sebab kami lawan ibu dan kamu lawan anak-anaknya. Jika kalah anak-anaknya, maka ibunya akan turut kalah.

Syed Qutub merupakan seoarang pejuang syahid dan pejuang yang begitu hebat. Kalam Syed Qutub tatkala diminta untuk menandatangani satu kertas lalu ia memberitahu bahawa tidak layak bagi tangan ini yang selalu bersaksi dua kalimah syahadah ini tunduk kalah kepada menandatangani ini. Syed Qutub dan beberapa orang dikalangan Ikhwan Muslimin telah dipenjarakan oleh Presiden Nasser. Tatkala ia berada didalam penjara, beliau telah mencipta satu bait syair yang bertajuk Akhi. Dan pada ketika beliau dihukum gantung, beliau telah didatangani oleh ustaz-ustaz kerajaan yang menyuruhnya untuk mengucap dua kalimah syahadah. Maka beliau membalasi kepada ustaz-ustaz kerajaan tersebut dengan mangatakan berani kamu suruh aku mengucap dua kalimah syahadah sedangkan aku mati kerananya dan kamu hidup hanya sekeping roti.

{Syair Akhi}
Akhi

Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu

Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?

Comments

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran