Photoshop 01

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak kepada pembaca sekalian mengenai satu aplikasi iaitu yang diberi nama Photoshop..

Aplikasi ni saya kenal ketika dibangku Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Dan ketika itu juga saya sudah mempunyai akaun facebook. Setelah asyik scroll facebook dan kelihatan hati tertarik kepada design atau reka bentuk poster-poster/banner dan gambar-gambar yang telah diubah suai kepada bentuk yang menarik.

Diantara masa kosong yang saya buat iaitu setelah mengulang Al-Quran, saya sering melihat dan mengkaji satu persatu aplikasi apa yang digunakan untuk edit gambar. Setelah bertanyakan kepada orang yang arif dalam bab komputer maka terjumpalah satu aplikasi yang hebat iaitu aplikasi Photoshop. Apa yang diberitahu kepada saya adalah aplikasi ini adalah dasar kepada aplikasi-apliksi yang lain dengan maksud lain: Aplikasi Photoshop adalah yang terawal muncul.

Ketika di semester 5 (hujung 2013), kami semua dibenarkan bawa laptop ke maahad untuk buat kerja. Maka ketika itu saya menggunakan laptop my sister iaitu laptop acer yang agak tebal. walaupon tebal memang banyak manfaat iaitu diantaranya dengan mendapat 4.0 dalam buat tesis. Kebiasaannya saya sering melihat cara-cara menggunakan photoshop di kelas, sebab internet disitu agak kuat/strong.

Kini tahun 2016, saya juga sering belajar menggunakan Photoshop dan mengkaji juga tool2 yang lain supaya hasil design tersebut lebih menarik dan kurang dapat komen dari orang yang suruh buat design tersebut.

Kesimpulannya, belajar satu-satu aplikasi ni bukan ambil masa yang sekejap dan ia memerukan pengorbanan yang kuat supaya kita tidak rasa jemu berada di hadapan laptop. Dan sekiranya ada masa ingin juga saya kongsikan sikit demi sedikit kelebihan menggunakan aplikasi ini. Insya Allah...

logo photoshop cs6

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku datang sekali lagi dengan dosa wahai Pencipta

Anak Desa “tercampak” 23 Jam di Bandaraya Dubai

Diam disaat mendengar Al-Quran